Wednesday 14 December 2011

Objektif Penubuhan Mora Attitude Centre


  • Memberi peluang kepada klien untuk membina kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna.
  • Meliputi isu-isu perkembangan, analisis masalah dan penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan kefahaman kendiri, memperkukuh kekuatan emosi, meningkatkan hubungan serta menggalakkan interaksi antara individu lain.
  • Sebagai fasilitator klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati digniti diri, nilai dan keupayaannya.
Jenis-jenis Kaunseling
1) Pendekatan krisis- Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan daripada kaunselor dan pihak atasan. Pendekatan ini memaksa kaunselor bertindak serta merta kepada krisis yang timbul. Oleh itu, tujuan pendekatan ini ialah untuk menangguh tindakan agar tidak sampai ke tahap yang kritikal.
2) Pendekatan pemulihan-Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan yang dapat dikenal pasti dari masa ke semasa. Ia juga dijalankan dengan harapan dapat mengubah tingkah laku terhadap masalah yang dialami contohnya, merokok, melawan guru dan ponteng sekolah.
3) Pendekatan pencegahan- Pendekatan ini berdasarkan persepsi bahawa satu-satu masalah itu sampai ke tahap krisis usaha dijalankan untuk menghalangnya seperti mengadakan kempen, ceramah atau kem.
4) Pendekatan pengembangan- Pendekatan ini adalah satu usaha untuk mengenal pasti kebolehan dan keperluan pelajar di alam persekolahan. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan kurikulum an kokurikulum diberikan bagi memberikan peluang kepada pelajar untuk mengenali diri mereka dan berkembang. 

Pendekatan ini amat diutamakan bagi bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah seperti berikut :
-Perkembangan agama dan moral
-Perkembangan psikososial
-Perkembangan kognitif dan afektif
-Perkembangan fizikal dan seksual
-Perkembangan profesi dan kerjaya

Pusat Rawatan Mora menerima penagih dari kategori penagih berikut:
  • Heroin
  • Ketamin
  • Ice/Syabu
  • Alkohol
  • Perokok Tegar
  • Pil yg diharamkan oleh akta dadah dan racun.



















'' Untuk mendapat maklumat lanjut secara langsung sila hubungi no peribadi kaunselor anda di : 0196676816
Sila juga gunakan ruangan ''Post Comment'' untuk langkah balas langsung.
Perhatian: Sebarang pertanyaan mengenai rawatan dan bayaran perkhidmatan boleh dirunding dalam talian atau online ''

Terima kasih


3 comments:

  1. assalamualaikum....saya ingin bertanya, adik saya dalam keadaan ketagihan dadah dan ingin pulih dari ketagihan ini, adakah pusat ini dapat membantu?bagaimana kos rawatan dan prosedur rawatan. saya juga ingin bertanya samada alamat pusat ini di kluang, Johor?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum....saya telah cuba menghubungi no yang diberi tapi tidak mendapat apa-apa respon...saya benar-benar memerlukan bantuan dalam masa terdekat.abang saya mungkin ditahap teruk kerana mencuri banayak barang...

    ReplyDelete