Friday 9 December 2011

Pengenalan Dadah


Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
Jenis-jenis Dadah
  1. Opait
  2. Perangsang (stimulants)
  3. Penekanan (Depressants)
  4. Hallucinogen
  5. Ganja (Cannabis)
OPAIT  adalah dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja.

Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang wujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap wujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.
Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.

 Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-

  1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
  2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
  3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
  4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
  5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
  6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibu bapa.
  7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
  8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan kehendak hatinya.
  9. Kerana masalah rumah tangga yang porak peranda.
  10. Kerana tidak ada kemesraan antara ibubapa dan anak.
  11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang baik di antara ibu bapa dan anak -anak.
  12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah unutk menjalankan pengaruhnya.
  13. Kurang pengetahuan agama dan penghayatan nilai-nilai agama.

No comments:

Post a Comment