Wednesday 14 December 2011

Objektif Penubuhan Mora Attitude Centre


  • Memberi peluang kepada klien untuk membina kehidupan yang lebih bahagia dan bermakna.
  • Meliputi isu-isu perkembangan, analisis masalah dan penyelesaian masalah, membuat keputusan, menangani krisis, mengembangkan kefahaman kendiri, memperkukuh kekuatan emosi, meningkatkan hubungan serta menggalakkan interaksi antara individu lain.
  • Sebagai fasilitator klien dalam menangani isu dan masalah yang dihadapi dengan menghormati digniti diri, nilai dan keupayaannya.
Jenis-jenis Kaunseling
1) Pendekatan krisis- Pendekatan ini mengendalikan kes krisis yang timbul secara mendadak dan memerlukan perhatian serta tindakan daripada kaunselor dan pihak atasan. Pendekatan ini memaksa kaunselor bertindak serta merta kepada krisis yang timbul. Oleh itu, tujuan pendekatan ini ialah untuk menangguh tindakan agar tidak sampai ke tahap yang kritikal.
2) Pendekatan pemulihan-Pendekatan ini memberi fokus kepada kekurangan yang dapat dikenal pasti dari masa ke semasa. Ia juga dijalankan dengan harapan dapat mengubah tingkah laku terhadap masalah yang dialami contohnya, merokok, melawan guru dan ponteng sekolah.
3) Pendekatan pencegahan- Pendekatan ini berdasarkan persepsi bahawa satu-satu masalah itu sampai ke tahap krisis usaha dijalankan untuk menghalangnya seperti mengadakan kempen, ceramah atau kem.
4) Pendekatan pengembangan- Pendekatan ini adalah satu usaha untuk mengenal pasti kebolehan dan keperluan pelajar di alam persekolahan. Aktiviti-aktiviti yang melibatkan kurikulum an kokurikulum diberikan bagi memberikan peluang kepada pelajar untuk mengenali diri mereka dan berkembang. 

Pendekatan ini amat diutamakan bagi bidang perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah seperti berikut :
-Perkembangan agama dan moral
-Perkembangan psikososial
-Perkembangan kognitif dan afektif
-Perkembangan fizikal dan seksual
-Perkembangan profesi dan kerjaya

Pusat Rawatan Mora menerima penagih dari kategori penagih berikut:
  • Heroin
  • Ketamin
  • Ice/Syabu
  • Alkohol
  • Perokok Tegar
  • Pil yg diharamkan oleh akta dadah dan racun.



















'' Untuk mendapat maklumat lanjut secara langsung sila hubungi no peribadi kaunselor anda di : 0196676816
Sila juga gunakan ruangan ''Post Comment'' untuk langkah balas langsung.
Perhatian: Sebarang pertanyaan mengenai rawatan dan bayaran perkhidmatan boleh dirunding dalam talian atau online ''

Terima kasih


Penubuhan Mora Attitude Treatment Centre


Cr Mohamad Hassan merupakan pengasas MORA ATTITUDE mempunyai pengalaman luas dalam bidang kaunseling penagihan dadah dan penagihan penagihan lainnya seperti alkohol dan ubat batuk, menghidu gam dan tingkah laku luar biasa ekoran gejala sosial seperti bohsia dan mat rempit.Pusat pemulihan ini telah dibuka pada awal tahun 2010 di Kluang.Johor berhampiran dengan Prime City Kluang.
Hampir 70 peratus rekod menunjukkan segala permasalahan diatas berjaya dipulihkan secara peribadi oleh Cr. Mohamad Hassan dengan kos yang berpatutan.

Jangan ragu ragu untuk memulakan langkah anda sekarang mengambil jalan mudah pemulihan bersama kaunselor anda Cr Mohamad Hassan atau memberitahu rakan rakan serta keluarga dan saudara mengenai wujudnya perkhidmatan esklusif yang disediakan ini.
Langkah pertama pemulihan bermula dengan anda dan dari response yang diterima serta program terancang berserta ''backup'' pelbagai lagi badan juga instrument sokongan yg menanti anda yang menyertai program kaunseling bersama Cr Mohamad Hassan maka kejayaan sudah dalam genggaman anda.


Mora Attitude Kaunseling Centre

Head office

Ruang makan

Bilik Tidur dan Ruang Menonton

Langkah-langkah Menggelakkan Terjerumus Ke Kancah Dadah


  • mengamalkan gaya hidup yang sihat , seperti mengambil makanan seimbang, bersenam dan bersosial
  • menyediakan masa yang sesuai untuk berrehat
  • tidak melakukan sesuatu pekara secara melebih lebih
  • berfikiran positif dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau kehidupan
  • tidak terlibat dalam pekara pekara yang boleh membawa kepada terjerumus seperti  berkawan dengan pusher, atau penagih lain.Ini kerana penagih akan menarik anda untuk menjadi penagih baru supaya mereka diberi habuan yang lebih besar oleh pusher/pengedar dengan kadar bayaran yang lebih rendah.
  • pusher/pengedar pula akan mempengaruhi anda untuk mencuba dan mengatakan bahawa pengambilan dadah mempunyai banyak faedah
  • mereka akan menyatakan bahawa banyak golongan profesional( polis, pramugari, model, dan sebagainya) menggunakan dadah, tetapi itu semua tipu belaka
  • pusher/pengedar juga akan menyatakan bahawa dadah/syabu tidak akan mendatangkan ketagihan , tetapi mereka silap kerana syabu merupakan dadah perangsang dan mampu mendatangkan ketagihan yang maksimum.
  • cuba mengawal diri daripada menjadi terlalu ego, untuk membuktikan keberanian anda tidak semestinya menunjukkannya melalui mencuba dadah
  • remaja terutamanya yang gemar mencuba sering menjadi mangsa pengedar /penagih lama
  • oleh itu remaja yang bijak harus berhati hati dalam memilih kawan atau mencuba sesuatu pekara
  • cuba lah aktiviti aktiviti lain yang banyak mendatangkan faedah seperti, berkayak, bungee jumping, mendaki bukit, meredah hutan, rock climbing,
  • berlumba dengan lesen, melakukan terjunan payung terjun, meredah gua , dan sebagainya
  • cuba menetapkan matlamat hidup agar kehidupan dipenuhi dengan usaha mencapai matlamat tersebut
  • remaja tidak hanya sekali dalam hidup, dunia hanya sementara, oleh itu pergunakan hidup dunia unutk menyeimbangi hari akhirat
  • hidup hanya sementara, penuhi ia dengan ibadat dan usaha untuk matlamat anda demi masyarakat sejahtera dan harmoni

Tanda-tanda Penyalahgunaan Dadah

  • Perubahan mood yang mendadak tanpa sebab nyata
  • perubahan perwatan atau penampilan peribadi , yakni cara pemakaian atau gelagat seharian
  • kemerosotan prestasi kerja/ poteng kelas
  • berat badan turun, tiada selera makan , kurang prihatin
  • terhadap kesihatan diri.
  • mata sering berair/merah. saiz anak mata berbeza, samada besar/kecil dari normal. oleh itu seriang berkaca mata hitam
  • kecenderungan untuk memencilkan diri dari rakan yang tidak terlibat
  • cenderung untuk meminjam wang /mencuri/melakukan jenayah
  • sering kelihatan di tempat tempat sumbang, contohnya stor
  • ada tanda tanda suntikan oleh itu seriang memakai baju lengan panjang
  • kurang tumpuan kepada tugas tugas penting yakni samada kerja /soal peribadi/keluarga

Friday 9 December 2011

Pengenalan Dadah


Dadah ialah apa-apa juga bahan kimia, samada asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
Jenis-jenis Dadah
  1. Opait
  2. Perangsang (stimulants)
  3. Penekanan (Depressants)
  4. Hallucinogen
  5. Ganja (Cannabis)
OPAIT  adalah dadah yang paling merbahaya dan banyak sekali disalahgunakan. Dadah dalam golongan ini ialah:- Asli, Candu, Morfin, Heroin, Kodein, Ganja.

Pergantungan pada dadah adalah keadaan keperluan secara fizikal atau psikologi atau kedua-duanya, yang wujud daripada penggunaan dadah yang berterusan atau diwaktu-waktu tertentu. Pergantungan psikologi atau jiwa ialah satu istilah biasanya dimaksudkan kepada satu idaman kuat yang berlebih-lebihan terhadap bahan-bahan tertentu tetapi tidak ada pergantungan badan. Pergantungan fizikal atau badan ialah penyesuaian badan secara jasmaniah terhadap wujudnya sejenis dadah secara berterusan. Apabila pergantungan ini telah dibina, badan bertindak dengan tanda-tanda yang boleh diteka, sekiranya dadah itu diberhentikan bekalannya serta merta. Sifat dan kekuatan tanda-tanda pengunduran itu bergantung pada dadah yang sedang digunakan dan banyak dose yang diperolehi tiap-tiap hari.
Walaupun penggunaan dadah yang ditentukan oleh doktor telah mendapat perhatian pihak berkuasa. Dadah-dadah yang kerap digunakan adalah Heroin, Morfin, Candu, ganja (hashish atau marijuanan atau cannabis), amphetamin, barbitured, pill mx, kokain dan lain-lain.

 Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan dan juga pakar-pakar yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-

  1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
  2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
  3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
  4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
  5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
  6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibu bapa.
  7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
  8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan kehendak hatinya.
  9. Kerana masalah rumah tangga yang porak peranda.
  10. Kerana tidak ada kemesraan antara ibubapa dan anak.
  11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang baik di antara ibu bapa dan anak -anak.
  12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah unutk menjalankan pengaruhnya.
  13. Kurang pengetahuan agama dan penghayatan nilai-nilai agama.